Khamis, 7 Ogos 2014
Petua Hidup Di Kl
Hidup sebagai wanita bekerjaya ni bukan mudah sebenarnya.Banyak liku,cabang,dugaan dan cabaran nak kena hadap.Contohnya,aku.Seorang pekerja makan gaji,bukan kais pagi makan pagi tetapi terasa semacam itu.Gaji besar,beban pun besar.Hidup pula di kotaraya penuh beban seperti di Kuala Lumpur ini.Segala sesuatu memerlukan kos,maka tidak hairan bila ramai gelandangan menumpang di sini.Kata orang,hati kena tekad,baru boleh melangkah di kotaraya kl ini.Terpulang pada pandangan masing-masing,tapi bagi aku tiada sesuatu di dunia ini semudah abc.Terang lagi Bersuluh pun belum tentu berjaya untuk hidup apatah lagi mencipta kejayaan di sini.Jadi,kalau hati dan iman tak kukuh payah benar rasanya untuk sesiapa menjadi diri sendiri di sini.Pasti ada kejutan budaya,malah adakala menjadi terlebih pandai mengikut sahaja apa yang diperkatakan orang lama di sini.Terpulangla pada diri sendiri,tepuk dada tanya iman.Mampu atau tidak hanya diri sendiri yang tahu.Yang pasti,kuatkan iman dan berdoa tanpa putus pada ilahi agar diri tidak terjerumus dosa.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan