Khamis, 7 Ogos 2014

Trip ke Bangkok


Alhamdulillah,tercapai hajat untuk ke negara orang.Melihat adat budaya manusia di negara yang dikatakan selalu bergolak.Tipulah kalau hendak dikata hati tak resah bila melangkah memulakan perjalanan.Namun,kemahuan dan keterujaan mengatasi segalanya.Perjalanan di atur dan pejam celik,waktunya sudah tiba.bismillah...

Day 1
Perjalanan bermula dengan KTMB dari kl sentral menuju ke Hatyai.Kabin yang kami pilih adalah jenis berkatil,harga pun sangat berpatutan.Cukup selesa bagi backpacker seperti kami melepas lelah,menyimpan tenaga untuk perjalanan esok.Kemudahan cukup lengkap dengan kafe,toilet di setiap gerabak.Keretapi kami bertolak pada sebelah malam dan di jangka sampai jam 12 tghari esoknya.So,sepanjang perjalanan kami tidur jer la.





Day 2
Terjaga pada awal pagi tatkala keretapi tiba di hentian Perlis.Di sini ramai penumpang turun untuk ke Langkawi.Bila dah terjaga,terus bangun siapkan apa yang patut sebab selepas ini harus turun  di Padang Besar untuk pemeriksaan pasport imigresen kedua-dua belah pihak iaitu malaysia dan Thailand.Sepanjang perjalanan,di kiri kanan sangat menarik hati.Segar dengan keindahan sawah padi,hutan alam tropika yang hijau semata-mata.Di Padang Besar kami sempat bersarapan pagi sementara menunggu keretapi untuk meneruskan perjalanan ke Hatyai.


 
Setibanya di Hatyai,kami terus mencari van untuk ke Hatyai Airport.Office bagi urusan pembelian tiket van hanya beberapa blok dari stesen keretapi Hatyai.Tips apabila di sini,elakkan tuktuk atau taxi sapu,sebab charge yang dikenakan agak mahal.Kalau nak naik jugak,kenalah pandai bargain harga ye.good luck!!



Van yang disediakan berhawa dingin dan sangat selesa.Perjalanan ke airport terasa sangat singkat,mungkin kerana teruja untuk ke destinasi seterusnya iaitu Bangkok.


Dari sini,kami menaiki flight AirAsia terus ke Bangkok.Apa yang menarik perhatian kami,di dalam terminal domestiknya semua dalam bahasa Thai,jadi haruslah sentiasa alert dengan keadaan sekeliling.Takut terlepas flight pula nanti.Apabila tiba di Bangkok Airport,kami terus menaiki bas ke Mo chit.Ini adalah bas direct dari airport ke hub pengangkutan di Bangkok.Di Mo Chit,terdapat perkhidmatan bas,bts,mrt,taxi dan macam-macam lagi.Untuk backpackers seperti kami,sudah pasti pengangkutan awam menjadi keutamaan.Dari Mo chit,kami terus ke hotel penginapan untuk melepas lelah.Kami check in di Hotel Nasa Vegas di area Ramkhamhaeng Rd.Hotel ini bersebelahan dengan airport link Ramkhamhaeng station.Di kiri dan depan hotel,terdapat kedai family mart dan 7eleven so takdelah susah untuk cari makanan jika lapar atau beli barang harian.

Day 3

Bangun pagi,destinasi pertama kami adalah ke Chatuchak market.Dengar cerita,ini tempat yang wajib kena pergi jika ke Bangkok.So,dari ramkhamhaeng station,kami naik train terus ke station mo chit balik.Dari situ kami terus ke chatuchak market.Ini adalah maps dalam chatuchak market dan amat membantu kerana kawasan tersebut sangat luas.


Di sini,harga barangan yang di tawarkan sangat murah.Apalagi,kami sempat la membeli serba sedikit dengan budget yang ada.Terasa lapar,di sini ada kedai makan halal.Lokasinya di pintu masuk market dan lagi satu bersebelahan menara jam.Tapi harga makanan di menara jam lebih mahal dari yang kami jangka.Lebih elok makan di kedai pintu masuk market.Ini wajib,pastikan anda rasa aiskrim kelapa ni.Tak rugi,sedap sangat.Unik sebab aiskrim ni makan dalam kelapa saiz kecil.Buah-buahan yang dijual di sini juga sangat manis.Berbeza dengan apa yang kita rasa di Malaysia.



MBK



Selepas chatuchak market,destinasi seterusnya adalah ke MBK.Ia adalah sebuah pusat membeli belah yang sangat besar.Dek kerana tadi dah penat berjalan,kami sempat foot massage di sini.Tambah teruja apabila harga untuk seorang adalah 300 bath sahaja,lebih kurang rm30.
Di sini juga kami sempat lunch di salah satu restoran muslim berhadapan food court tingkat atas di MBK.Tomyamnya memang superb.Harga pula sangat berbaloi.Dan yang paling menarik,pekerja di sini semua boleh berbahasa melayu patani.Jika ke MBK,cari lah Yana Restaurant ye.




Selepas makan,sempat juga kami melawat di Bangkok culture art. Bangunan ini terletak di hadapan MBK.Masuk adalah percuma.Ini adalah tempat orang awam thailand belajar berbagai-bagai bidang seni.


 

Jangan terkejut,jika hampir di setiap tempat kita kena lalu di bawah scanner ini.Di bts,mrt bahkan di shopping complexs pun anda diwajibkan  scan ye.

Destinasi seterusya adalah menyusuri chao phraya river.


Di sini ada bot disediakan untuk ke khao san road,salah satu destinasi wajib dikunjungi ketika di Bangkok.Keadaan di dalam bot agak padat dengan warga tempatan.Oh,satu ingatan.pastikan anda tak terlepas jeti untuk le destinasi anda ye.Be alert sebab macam biasa,semua percakapan dalam bahasa Thailand.Kami pun sepatutnya turun di jeti ke Grand Palace,tapi terlajak sudah.So,terpaksa turun di jeti seterusnya di Khao San road.



Ambil gambar jer kena bayar 10 bath yer.




Kami naik bot ini untuk ke khao san road.MenikamAti kehidupan malam di sana.Ternyata ramai backpacker berkampung di khao san road.massage,seafood dan berbagai jenis makanan termasuk kala jengking,lipas goreng boleh anda cari di sini.Kalau berani,cubalah rasa.Bagi kami,cukup untuk cuci mata sajer.Dari khao san Rd,kami naik taxi terus ke Nasa Vegas Hotel.Sebenarnya banyak lagi tempat menarik yang kita boleh pergi kat Bangkok ni,tapi masa tak mengizinkan.Sebab esoknya kami akan ke Phuket!!!Cerita trip kat Phuket lepas ni ye..enjoy!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan