Jumaat, 8 Ogos 2014

Kayap

Kayap..??? Mula-mula memang tak tahu kayap tu ape. Then,bila dah terkena kat orang yang paling rapat barulah sibuk nak cari info.Ni contoh-contoh kayap ye..




Menurut doktor,virus kayap adalah sama dengan virus yang menyebabkan chicken pox.Penyakit ini disebabkan oleh kuman virus herpes - biasanya virus herpes simplex Jenis 1 (HSV-1), manakala Jenis 11 (HSV-11) menyebabkan kayap di bahagian kemaluan.Biasanya pesakit akan bermula dengan demam,gatal-gatal pada kulit dan biasanya akan kelihatan gelembung yang mengandungi cecair pada bahagian-bahagian tertentu kulit.Menurut doktor,kelesuan melampau juga boleh menyebabkan kayap terjadi.Ini serius ye,bukan main-main.

Berbalik pada cerita kawan yang kena kayap tadi,pada mulanya dia rase sakit dan gatal pada kulit kepala.Tiada kesan lepuh atau merah pada tempat sakit.Bila ke klinik,doktor hanya mengatakan dia sakit kepala akibat flu dan cuaca panas.So,dia hanya diberikan ubat flu dan penahan sakit.Setelah beberapa hari,sakit dan gatal masih juga tidak hilang tetapi bintik merah mula timbul.Pergi check lagi sekali,akhirnya doktor mengesahkan dia terkena kayap.Kali ini,doktor bekalkan ubat sapu,ubat makan dan penahan sakit.

Puasla dia makan ubat,tak juga baik-baik.So,mulalah cari alternatif lain.Kata orang,kayap ni cepat kebah bila berubat kampung.Cari punya cari,terjumpalah website ni...www.doktormalaya.com.
Perubatan alternatif untuk penyakit kayap ni.Call dan terus buat appointment,nasib baik dekat jer kat segambut sana.Malam nak pergi tu,kena la bawa 2 botol air.Itu jer syaratnya.Sampai jer kat rumah doktor malaya ni,dia disambut baik oleh tuan rumah,seorang makcik yang sangat baik hati.Alhamdulillah,bila mula saja rawatan sakit terus berkurang.Sebelum balik,dia bekalkan air botol untuk dihabiskan dalam masa beberapa hari.Ubat doktor tak dibenarkan sama sekali.Alhamdulillah,selepas mengamalkan beberapa petua yang diberi oleh makcik tadi,kayap tu lama-lama hilang.Tak sampai seminggu,syukur.Cuma sepanjang terkena kayap ni,elakkan dengar orang menggoreng.Itu jer pesannya.

Itu jerlah ceritanya.So,pasni kalau sesape kena kayap tu janganla risau.Tiap penyakit ada ubat,berusahalah ye.









Khamis, 7 Ogos 2014

Trip ke Bangkok


Alhamdulillah,tercapai hajat untuk ke negara orang.Melihat adat budaya manusia di negara yang dikatakan selalu bergolak.Tipulah kalau hendak dikata hati tak resah bila melangkah memulakan perjalanan.Namun,kemahuan dan keterujaan mengatasi segalanya.Perjalanan di atur dan pejam celik,waktunya sudah tiba.bismillah...

Day 1
Perjalanan bermula dengan KTMB dari kl sentral menuju ke Hatyai.Kabin yang kami pilih adalah jenis berkatil,harga pun sangat berpatutan.Cukup selesa bagi backpacker seperti kami melepas lelah,menyimpan tenaga untuk perjalanan esok.Kemudahan cukup lengkap dengan kafe,toilet di setiap gerabak.Keretapi kami bertolak pada sebelah malam dan di jangka sampai jam 12 tghari esoknya.So,sepanjang perjalanan kami tidur jer la.





Day 2
Terjaga pada awal pagi tatkala keretapi tiba di hentian Perlis.Di sini ramai penumpang turun untuk ke Langkawi.Bila dah terjaga,terus bangun siapkan apa yang patut sebab selepas ini harus turun  di Padang Besar untuk pemeriksaan pasport imigresen kedua-dua belah pihak iaitu malaysia dan Thailand.Sepanjang perjalanan,di kiri kanan sangat menarik hati.Segar dengan keindahan sawah padi,hutan alam tropika yang hijau semata-mata.Di Padang Besar kami sempat bersarapan pagi sementara menunggu keretapi untuk meneruskan perjalanan ke Hatyai.


 
Setibanya di Hatyai,kami terus mencari van untuk ke Hatyai Airport.Office bagi urusan pembelian tiket van hanya beberapa blok dari stesen keretapi Hatyai.Tips apabila di sini,elakkan tuktuk atau taxi sapu,sebab charge yang dikenakan agak mahal.Kalau nak naik jugak,kenalah pandai bargain harga ye.good luck!!



Van yang disediakan berhawa dingin dan sangat selesa.Perjalanan ke airport terasa sangat singkat,mungkin kerana teruja untuk ke destinasi seterusnya iaitu Bangkok.


Dari sini,kami menaiki flight AirAsia terus ke Bangkok.Apa yang menarik perhatian kami,di dalam terminal domestiknya semua dalam bahasa Thai,jadi haruslah sentiasa alert dengan keadaan sekeliling.Takut terlepas flight pula nanti.Apabila tiba di Bangkok Airport,kami terus menaiki bas ke Mo chit.Ini adalah bas direct dari airport ke hub pengangkutan di Bangkok.Di Mo Chit,terdapat perkhidmatan bas,bts,mrt,taxi dan macam-macam lagi.Untuk backpackers seperti kami,sudah pasti pengangkutan awam menjadi keutamaan.Dari Mo chit,kami terus ke hotel penginapan untuk melepas lelah.Kami check in di Hotel Nasa Vegas di area Ramkhamhaeng Rd.Hotel ini bersebelahan dengan airport link Ramkhamhaeng station.Di kiri dan depan hotel,terdapat kedai family mart dan 7eleven so takdelah susah untuk cari makanan jika lapar atau beli barang harian.

Day 3

Bangun pagi,destinasi pertama kami adalah ke Chatuchak market.Dengar cerita,ini tempat yang wajib kena pergi jika ke Bangkok.So,dari ramkhamhaeng station,kami naik train terus ke station mo chit balik.Dari situ kami terus ke chatuchak market.Ini adalah maps dalam chatuchak market dan amat membantu kerana kawasan tersebut sangat luas.


Di sini,harga barangan yang di tawarkan sangat murah.Apalagi,kami sempat la membeli serba sedikit dengan budget yang ada.Terasa lapar,di sini ada kedai makan halal.Lokasinya di pintu masuk market dan lagi satu bersebelahan menara jam.Tapi harga makanan di menara jam lebih mahal dari yang kami jangka.Lebih elok makan di kedai pintu masuk market.Ini wajib,pastikan anda rasa aiskrim kelapa ni.Tak rugi,sedap sangat.Unik sebab aiskrim ni makan dalam kelapa saiz kecil.Buah-buahan yang dijual di sini juga sangat manis.Berbeza dengan apa yang kita rasa di Malaysia.



MBK



Selepas chatuchak market,destinasi seterusnya adalah ke MBK.Ia adalah sebuah pusat membeli belah yang sangat besar.Dek kerana tadi dah penat berjalan,kami sempat foot massage di sini.Tambah teruja apabila harga untuk seorang adalah 300 bath sahaja,lebih kurang rm30.
Di sini juga kami sempat lunch di salah satu restoran muslim berhadapan food court tingkat atas di MBK.Tomyamnya memang superb.Harga pula sangat berbaloi.Dan yang paling menarik,pekerja di sini semua boleh berbahasa melayu patani.Jika ke MBK,cari lah Yana Restaurant ye.




Selepas makan,sempat juga kami melawat di Bangkok culture art. Bangunan ini terletak di hadapan MBK.Masuk adalah percuma.Ini adalah tempat orang awam thailand belajar berbagai-bagai bidang seni.


 

Jangan terkejut,jika hampir di setiap tempat kita kena lalu di bawah scanner ini.Di bts,mrt bahkan di shopping complexs pun anda diwajibkan  scan ye.

Destinasi seterusya adalah menyusuri chao phraya river.


Di sini ada bot disediakan untuk ke khao san road,salah satu destinasi wajib dikunjungi ketika di Bangkok.Keadaan di dalam bot agak padat dengan warga tempatan.Oh,satu ingatan.pastikan anda tak terlepas jeti untuk le destinasi anda ye.Be alert sebab macam biasa,semua percakapan dalam bahasa Thailand.Kami pun sepatutnya turun di jeti ke Grand Palace,tapi terlajak sudah.So,terpaksa turun di jeti seterusnya di Khao San road.



Ambil gambar jer kena bayar 10 bath yer.




Kami naik bot ini untuk ke khao san road.MenikamAti kehidupan malam di sana.Ternyata ramai backpacker berkampung di khao san road.massage,seafood dan berbagai jenis makanan termasuk kala jengking,lipas goreng boleh anda cari di sini.Kalau berani,cubalah rasa.Bagi kami,cukup untuk cuci mata sajer.Dari khao san Rd,kami naik taxi terus ke Nasa Vegas Hotel.Sebenarnya banyak lagi tempat menarik yang kita boleh pergi kat Bangkok ni,tapi masa tak mengizinkan.Sebab esoknya kami akan ke Phuket!!!Cerita trip kat Phuket lepas ni ye..enjoy!!!

Petua Hidup Di Kl

Hidup sebagai wanita bekerjaya ni bukan mudah sebenarnya.Banyak liku,cabang,dugaan dan cabaran nak kena hadap.Contohnya,aku.Seorang pekerja makan gaji,bukan kais pagi makan pagi tetapi terasa semacam itu.Gaji besar,beban pun besar.Hidup pula di kotaraya penuh beban seperti di Kuala Lumpur ini.Segala sesuatu memerlukan kos,maka tidak hairan bila ramai gelandangan menumpang di sini.Kata orang,hati kena tekad,baru boleh melangkah di kotaraya kl ini.Terpulang pada pandangan masing-masing,tapi bagi aku tiada sesuatu di dunia ini semudah abc.Terang lagi Bersuluh pun belum tentu berjaya untuk hidup   apatah lagi mencipta kejayaan di sini.Jadi,kalau hati dan iman tak kukuh payah benar rasanya untuk sesiapa menjadi diri sendiri di sini.Pasti ada kejutan budaya,malah adakala menjadi terlebih pandai mengikut sahaja apa yang diperkatakan orang lama di sini.Terpulangla pada diri sendiri,tepuk dada tanya iman.Mampu atau tidak hanya diri sendiri yang tahu.Yang pasti,kuatkan iman dan berdoa tanpa putus pada ilahi agar diri tidak terjerumus dosa.